Friday, July 25, 2008

Faedah Membaca

Membaca merupakan amalan yang sangat berfaedah kepada kita.Pelbagai jenis bahan bacaan seperti buku,surat khabar,dan majalah dapat dibeli di pasaran atau dibaca secara percuma di perpustakaan.

Membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan seseorang.Banyak maklumat tentang perniagaan,hiburan,dan sukandapat diperoleh daripada bahan bacaan.Seseorang yang rajin membaca tidak akan menjadi seperti katak dibawa tempurung.

Murid yang rajin membaca pasti akan berjaya dalam pelajaran.Di samping memperoleh banyak ilmu,dia dapat memperbaiki mutu bahasa dan memperluas perbendaharaan katanya.

Selain itu,seseorang yang banyak membaca tidak mudah ditipu oleh orang lain kerana dia sedar akan kes-kes penipuan yang melalui surat khabar.Dia akan sentiasa berhati-hati agar tidak terpedaya oleh orang yang tidak jujur.

Membaca juga dapat mengisi masa lapang.Remaja yang suka membaca pada masa lapang dapat mengidar diri daripada melepak di pusat beli-belah dan bergaul dengan golongan yang boleh mempengaruhi mereka melakukan perbuatan yang tidak sihat seperti penagih dadah.

Amalan membaca mesti dipupuk sejak kecil lagi, bah kata pepatah,"melentur buluh biarlah dari rebungnya".Kita digalakkan banyak membaca.

Wednesday, July 23, 2008

Sebab-sebab berlaku penderaan kanak-kanak

Masih banyak kes penderaan berlaku.Mangsa dera biasanya mengalami kecederaan yang teruk.Sesetengah kanak-kanak didera sehingga meninggal dunia.

Penderaan kanak-kanak biasanya berlaku kerana sikap ibu bapa yang tidak bertanggungjawab.Anak-anak dianggap sebagai beban yang mengongkong kebebasan mereka.Akibatnya,sesetengah ibu bapa sanggup mendera anak-anak.

Selainitu,kanak-kanak juga didera kerana terlalu nakal dan degil.Sesetengah kanak-kanak sanggup melakukan perkara-perkara yang menyakitkan hati ibu bapa seperti merosakkan harta benda di rumah.Akibatnya,ibu bapa hilang sabar dan memukul mereka.

Kanak-kanak merupakan kurniaan Tuhan.Oleh itu,ibu bapa dan penjaga horuslah menyayangi dan melindungi kanak-kanakdi bawah jagaan mereka.

Tuesday, July 15, 2008

Faedah Menepati Masa

Menepati masa bermaksud melakukan sesuatu kerja tepat pada waktu yang telah ditetapkan.Kita perlu menghargai masa kerana masa itu emas.

Sikap suka menepati masa dapat menanam disiplin.Murid dan pekerja yang sentiasa menepati masa juga tidak akan terlambat ke sekolah atau ke tempat kerja dan akan sentiasa disenangi oleh guru dan majikan.

Seseorang yang menepati masa juga tidak akan mengalami masalah.Contohnya,orang awam yang menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan komputer akan ketinggalan sekirannya lambat ke perhentian.

Selain itu,seseorang yang menepati masa pasti akan berjaya dalam hidup.Setiap saat yang akan digunakan untuk melakukan aktiviti yang berfaedah.Bagi murid yang sentiasa membaca buku ,kejayaan sudah pasti berada dalam genggamannya.

Seseorang yang menepati masa juga akan dipercayai orang.Dia mudah diberi peluang untuk melakukan kerja penting kerana dia dapat menjalankan sesuatu kerja dalam tempoh masa yang diberikan.

Masa yang sudah berlalu tidak akan kembali.Oleh itu,kita mestipandai memanfaatkan masa.Seseorang yang menepati masa tidak akan kerugian.