Friday, July 25, 2008

Faedah Membaca

Membaca merupakan amalan yang sangat berfaedah kepada kita.Pelbagai jenis bahan bacaan seperti buku,surat khabar,dan majalah dapat dibeli di pasaran atau dibaca secara percuma di perpustakaan.

Membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan seseorang.Banyak maklumat tentang perniagaan,hiburan,dan sukandapat diperoleh daripada bahan bacaan.Seseorang yang rajin membaca tidak akan menjadi seperti katak dibawa tempurung.

Murid yang rajin membaca pasti akan berjaya dalam pelajaran.Di samping memperoleh banyak ilmu,dia dapat memperbaiki mutu bahasa dan memperluas perbendaharaan katanya.

Selain itu,seseorang yang banyak membaca tidak mudah ditipu oleh orang lain kerana dia sedar akan kes-kes penipuan yang melalui surat khabar.Dia akan sentiasa berhati-hati agar tidak terpedaya oleh orang yang tidak jujur.

Membaca juga dapat mengisi masa lapang.Remaja yang suka membaca pada masa lapang dapat mengidar diri daripada melepak di pusat beli-belah dan bergaul dengan golongan yang boleh mempengaruhi mereka melakukan perbuatan yang tidak sihat seperti penagih dadah.

Amalan membaca mesti dipupuk sejak kecil lagi, bah kata pepatah,"melentur buluh biarlah dari rebungnya".Kita digalakkan banyak membaca.

No comments: