Tuesday, July 15, 2008

Faedah Menepati Masa

Menepati masa bermaksud melakukan sesuatu kerja tepat pada waktu yang telah ditetapkan.Kita perlu menghargai masa kerana masa itu emas.

Sikap suka menepati masa dapat menanam disiplin.Murid dan pekerja yang sentiasa menepati masa juga tidak akan terlambat ke sekolah atau ke tempat kerja dan akan sentiasa disenangi oleh guru dan majikan.

Seseorang yang menepati masa juga tidak akan mengalami masalah.Contohnya,orang awam yang menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan komputer akan ketinggalan sekirannya lambat ke perhentian.

Selain itu,seseorang yang menepati masa pasti akan berjaya dalam hidup.Setiap saat yang akan digunakan untuk melakukan aktiviti yang berfaedah.Bagi murid yang sentiasa membaca buku ,kejayaan sudah pasti berada dalam genggamannya.

Seseorang yang menepati masa juga akan dipercayai orang.Dia mudah diberi peluang untuk melakukan kerja penting kerana dia dapat menjalankan sesuatu kerja dalam tempoh masa yang diberikan.

Masa yang sudah berlalu tidak akan kembali.Oleh itu,kita mestipandai memanfaatkan masa.Seseorang yang menepati masa tidak akan kerugian.

No comments: